Rayuan pembebasan pemimpin Hindraf Hindraf

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berjanji akan meneliti dan membincangkan memorandum 18 perkara yang disampaikan kepadanya oleh Hindraf di Kuil Karumariamman, Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 23 Ogos 2008. Memorandum itu menuntut pembebasan empat penasihat undang-undangnya iaitu P. Uthayakumar, M. Manoharan, R. Kengadharan, dan V. Ganabatirau, beserta penyelaras kumpulan itu, T. Vasanthakumar, yang ditahan mengikut Seksyen 8 (1) ISA kerana menggugat ketenteraman awam berikutan perhimpunan haram Hindraf di Kuala Lumpur pada 25 Nov, 2007. Kini mereka ditahan di Kem Tahanan Kamunting, Perak sejak 13 Disember 2007.[16] Kehadiran Abdullah jam 5.30 petang sempena siri kempen Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh 2008.

Pada hari yang sama 23 Ogos jam 6.30 petang polis diketuai Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Ayub Yaakob telah menahan 20 dan 40 tahun di kuil itu kereana bergaduh sesama sendiri. Mereka disiasat menurut Seksyen 27 Akta Polis kerana mengadakan perhimpunan haram.Mereka disiasat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Tengah (SPT). Pada jam 2.00 petang seramai 200 orang berkumpul di kuil itu untuk mengadakan upacara sembahyang dan membakar lilin.[17]

Koordinator Hindraf, W.Sambulingam menafikan Hindraf menganjurkan upacara sembahyang di Kuil Karumariamman itu.

Rujukan

WikiPedia: Hindraf http://www.hindraf.co/ http://www.atimes.com/atimes/Southeast_Asia/HA14Ae... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=2... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=3... http://www.financialexpress.com/latest_full_story.... http://www.financialexpress.com/old/latest_full_st...